Yohanes 12:16 (AVB) Sewaktu itu para murid Yesus tidak memahami erti segala ini. Setelah Yesus dimuliakan melalui kematian dan kebangkitan-Nya, barulah mereka menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh orang ramai terhadap-Nya telah tersurat dalam Kitab Suci. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Telah tersurat dalam Kitab Suci" Bab 12 Injil Yohanes ada menceritakan Tuhan Yesus memasuki kota Yerusalem (ay.12-19), bukanlah pertama kali Tuhan Yesus memasuki kota Yerusalem, telah beberapa kali tetapi kali ini Dia disambutan oleh rakyat secara besar-besaran dan menganggap Tuhan raja Israel (ay.13), mungkin sebab mukjizat Tuhan Yesus membangkitkan Lazarus. Reaksi para murid-Nya pula seperti biasa tidak memahami apa yang sedang berlaku hanya selepas Roh Kudus turun kepada mereka barulah mereka faham (KPR 2:1-13), ketua imam bukan saja mahu membunuh Tuhan Yesus juga Lazarus (ay.10) dan orang Farisi pula menganggap usaha mereka selama ini sia-sia kerana rakyat berpaling kepada Tuhan Yesus (ay.19). Saya fikir kalau bukan Roh Kudus yang membuka fikiran, kita juga akan seperti para murid Tuhan Yesus atau seperti ketua imam atau orang Farisi. Alkitab dari Kejadian sampai Wahyu semua bercakap tentang Tuhan Yesus, gereja juga bercakap tentang Tuhan Yesus, kalau ada gereja yang tidak bercakap tentang Tuhan Yesus itu bukanlah gereja. Mari kita belajar telah tersurat dalam Kitab Suci tentang Tuhan Yesus supaya kita faham dan percaya kepada-Nya. Ibadah yang sejati menyembah Tuhan Yesus yang tersurat dalam Kitab Suci. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 17.11.2024.

Comments

Popular Posts