Kisah Para Rasul 2:6-10 (AVB) Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya. Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, “Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea? Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri? Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil. Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Roma, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea" Bab 2 kitab Para Rasul cerita tentang kedatangan Roh Kudus pada hari Pentakosta (ay.1) atau dalam konteks kita pesta Kaamatan, memang sangat alkitab kalau gereja mengadakan kebaktian Kaamatan dalam masa yang sama mengingati kedatangan Roh Kudus yang telah mengubah dunia sehingga hari ini. Orang Galilea yang tidak dipandang oleh dunia pada masa itu telah membuat semua orang dari pelbagai tempat mengenal mereka (ay.9-11) Hari ini pun Roh Kudus masih bekerja antara yang Dia lakukan ialah membuatkan seseorang boleh memahami pelbagai bahasa sama seperti yang dialami oleh para murid dan pengikut Tuhan Yesus. Sekarang anggota jemaah kita paling tidak fasih lebih dari satu bahasa. Kebolehan menguasai bahasa salah satu cara mengajar dan belajar melalui pembacaan dan menulis buku-buku teologi, mendengar atau memberi khutbah atau syarahan dalam pelbagai bahasa. Mari kita belajar semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea tetapi mereka boleh bertutur dalam pelbagai bahasa kerana Roh Kudus telah datang seperti yang di janjikan oleh Tuhan Yesus (Yoh.14:26). Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 28.11.2024.

Comments

Popular Posts