Yohanes 1:1-3 (AVB) Pada permulaan sudah wujud Firman, dan Firman itu bersama Allah dan Firman itu ialah Allah. Dia bersama Allah pada permulaan. Segala-galanya diciptakan melalui Dia. Daripada segala yang wujud, tiada suatu pun yang dicipta tanpa-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Pada permulaan" Injil Yohanes menggunakan kata yang sama atau hampir sama dengan permulaan kitab Kejadian menggunakan kata pada permulaan atau pada mulanya (Kej.1:1), permulaan itu penting supaya ada langkah seterusnya, kitab Kejadian menceritakan permulaan dunia yang kita ada ini dan Injil Yohanes menceritakan permulaan Injil yang kita imani hari ini. Rupanya Firman itu sudah ada bersama TUHAN dalam permulaan mencipta dunia dan permulaan Injil apabila Dia menyatakan diri sebagai manusia. Permulaan gereja pula kerana kehadiran Roh Kudus (KPR. 2:1-13). Dapatlah kita katakan semua permulaan yang baik itu datang daripada TUHAN dan berakhir juga kepada TUHAN. Mari kita belajar hari ini mungkin permulaan anda dan saya bersama Tuhan Yesus memulakan langkah yang baharu memberitakan Injil. Mari kita belajar pada permulaan langkah kita mesti bersama Tuhan Yesus dalam doa, membaca firman TUHAN, mengasihi orang lain dan TUHAN. Damai sejahtera disanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 6.11.2024.

Comments

Popular Posts