Yohanes 4:40-42 (AVB) Oleh yang demikian, ketika orang Samaria datang menemui Yesus, mereka mengajak-Nya tinggal bersama mereka. Yesus pun tinggal di situ selama dua hari. Lebih ramai lagi orang yang percaya kepada Yesus kerana kata-kata-Nya. Mereka berkata kepada perempuan itu, “Sekarang kami percaya bukanlah kerana kata-katamu tetapi kerana kami telah mendengar kata-kata-Nya sendiri dan kami tahu Dialah Kristus, Penyelamat dunia.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dialah Kristus Penyelamat dunia" Bab 4 Injil Yohanes ada menceritakan tentang perbualan Tuhan Yesus dengan perempuan Samaria (ay.1-26), perbualan mereka berkisar tentang air hidup dan penyembah yang benar, perempuan itu dan mungkin juga semua orang Samaria menunggu Mesias yang akan mengajar mereka cara, tempat dan menyembah TUHAN yang mereka tidak kenal (ay.25). Tetapi paling tidak perempuan itu sedang menunggu Mesias rohani bukan mesias politik seperti fikiran para murid Tuhan Yesus, kecuali Petrus yang mengaku Yesus ialah Mesias rohani (Mat.16:16) dan Bartimeus anak Timeus (Mrk.10:46-47). Sebelum Roh Kudus turun hanya beberapa saja yang percaya bahawa Tuhan Yesus Mesias rohani kebanyakkan berfikir Dia Mesias politik. Menarik ramai orang Samaria percaya Tuhan Yesus Mesias rohani kerana mendengar khutbah Tuhan Yesus selama dua hari di Samaria, berbanding di Yerusalem mungkin berminggu-minggu. Hari ini umat gereja ada lagikan yang percaya Tuhan Yesus itu Mesias politik? Sudah tentu tidak ada tetapi sikap kita boleh seperti mesias politik. Mari kita belajar bahawa Dialah Kristus Penyelamat dunia bukan mesias politik dunia. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 9.11.2024.

Comments

Popular Posts