Kisah Para Rasul 4:12-13 (AVB) Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.” Apabila mereka melihat keberanian Petrus dan Yohanes sedangkan kedua-duanya ternyata orang yang tidak berpelajaran serta tidak terlatih, mereka pun hairan. Mereka sedar bahawa kedua-duanya telah bersama dengan Yesus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Tidak berpelajaran dan tidak terlatih" Bab 4 kitab Kisah Para Rasul cerita tentang Petrus dan Yohanes dibicarakan di hadapkan pemimpin agama Yahudi, pemimpin ini juga yang telah menjatuhkan hukuman mati kepada TUHAN Yesus. Kalau guru dijatuhkan hukuman mati inikan pula murid-Nya (Luk.23:31). Ucapan pembelaan Petrus sangat menakjubkan walaupun mereka bukan berpelajaran dan terlatih (ay.13) sudah tentu mereka meniru gaya pidato guru mereka iaitu Tuhan Yesus selama tiga tahun bersama dengan-Nya. Petrus dan Yohanes ditangkap kerana mukjizat yang mereka lakukan di dalam nama Tuhan Yesus, pemimpin agama menganggap satu ancaman kepada mereka (ay.16-17). Mari kita belajar tidak berpelajaran dan tidak terlatih bukanlah penghalang bersaksi tentang Tuhan Yesus asalkan kita mengetahui cerita tentang Tuhan Yesus dalam Alkitab. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 30.11.2024.

Comments

Popular Posts