Lukas 22:52-53 (AVB) Kemudian Yesus berkata kepada ketua-ketua imam, ketua-ketua pengawal Bait Suci dan tua-tua yang telah datang untuk menangkap-Nya, “Perlukah kamu datang dengan pedang dan belantan untuk menangkap Aku seolah-olah Aku ini seorang penyamun?
Semasa Aku bersama kamu setiap hari di dalam Bait Suci, kamu tidak berani pula menangkap Aku. Tetapi inilah masa kamu dan masa kuasa kegelapan.”
Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Datang dengan pedang dan belantan" Bab 22 Injil Lukas menceritakan penderitaan Tuhan Yesus bermula, Dia ditangkap sepasukan askar yang lengkap bersenjata pedang dan belantan seperti menangkap seorang penyamun (ay. 52). Kalau memang Tuhan Yesus seorang penyamun sudah tentu Dia melawan bersama pengikut bermati-matian. Tetapi Tuhan Yesus tidak seperti itu, malah menyembuhkan telinga seorang askar imam yang putus telinga ditetak oleh pengikut-Nya (ay.50). Reaksi menentang Injil di seluruh dunia bermacam ragam ada yang datang dengan pedang dan belantan, mengugut untuk membunuh, membakar gereja, membunuh, menangkap dan memenjara tanpa dibicara, menghina dan sebagainya. Itulah hebatnya Injil menimbulkan reaksi mereka yang mendengar sama ada menerima atau menolak.
Mari kita belajar menerima Injil dengan hati yang insaf bukan datang dengan pedang dan belantan.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia.
3.11.2024.
Selamat bersidang para perwakilan Sinode ke-40. Awal pagi akan mengundi, semoga dibukakan fikiran oleh Roh Kudus. Amen.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment