Lukas 24:30-32 (AVB) Ketika Dia duduk untuk makan bersama mereka, Dia mengambil roti dan mengucap syukur. Dia membahagikan roti itu lalu memberikannya kepada mereka. Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia. Lalu Dia lenyap daripada pandangan mereka. Mereka berkata satu sama lain, “Bukankah hati kita meluap-luap ketika Dia berkata-kata kepada kita dalam perjalanan tadi dan semasa Dia menerangkan Kitab Suci kepada kita?” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Lenyap daripada pandangan mereka" Bab 24 Injil Lukas bab terakhir, menceritakan bagaimana beberapa pengikut perempuan mendapati tubuh Tuhan Yesus tidak ada di dalam gua kubur, kemudian mereka melihat malaikat berkata bahawa Tuhan Yesus sudah bangkit (ay.1-6), mereka menceritakan kepada para murid tetapi mereka tidak percaya (ay.11), Petrus sendiri pergi ke gua kubur juga mendapati tiada tubuh Tuhan Yesus di sana (ay.12). Kemudian pada hari yang sama dua orang murid Tuhan Yesus pergi ke Emaus mereka dari Yerusalem (ay.13), bertemu Dia dalam perjalanan tetapi mereka tidak mengenal Tuhan Yesus, Dia menjelaskan firman TUHAN yang mengatakan tentang diri-Nya sepanjang perjalanan itu (ay.14-27). Sesampai di Emaus ketika mereka makan Tuhan Yesus mengucap syukur makanan itu dan memberi kepada mereka, seketika itu juga mata mereka dicelikkan mereka mengenal Tuhan Yesus, lalu Dia lenyap daripada pandangan mereka (ay.30-31). Mari kita belajar ada masa meninggalkan sesuatu perbualan, perdebatan, perkongsian dan sebagainya selepas kita telah menyatakan kebenaran dan pendengar sudah mengenal Tuhan Yesus, itulah saat untuk lenyap daripada pandangan mereka. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 5.11.2024.

Comments

Popular Posts