Lukas 21:3-4 (AVB) Lalu Yesus berkata, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain,
kerana yang lain memasukkan persembahan daripada kemewahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupun sangat miskin, telah memasukkan seluruh nafkahnya.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Seluruh nafkahnya" Bab 21 Injil Lukas ada menceritakan seorang balu yang sangat miskin memberi wang persembahan jumlah yang sangat kecil tetapi bagi balu itu amat besar nilai sebab itulah seluruh nafkahnya (ay.1-4). Tuhan Yesus mengetahui nilai persembahan balu jika dibandingkan dengan pendapatanya. Saya fikiran hari ini pun nilai persembahan kita dinilai menurut pendapatan kita, walaupun hanya seringgit kalau dibandingkan pendapatan seseorang sehari hanya RM10 itu cukup tinggi nilai berbanding orang yang berpendapatan RM100 sehari. Tiada paksaan memberi wang persembahan kitalah yang menentukan jumlah yang sepadan dengan pendapatan sehari atau sebulan kita. Walau bagaimana pun perlu diambil kira tanggung yang ada sebab ada yang berpendapatan sebulan banyak tapi banyak tanggungan, seperti kereta, anak, rumah, pinjaman dan sebagainya. Kebijaksanaan diperlukan untuk mengurus wang persembahan.
Mari kita belajar seperti balu miskin seluruh nafkahnya diberikan kepada TUHAN sebagai tanda kebegantungan kepada TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia.
2.11.2024
Selamat bersidang hari kedua Senoda ke-40 PCS.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment