Lukas 23:41-43 (AVB) Bagi kita, hukuman ini adil kerana kita menerima balasan yang setimpal; tetapi orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa.”
Dia berkata kepada Yesus, “Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.”
Yesus menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Orang ini tidak melakukan kesalahan apa-apa" Bab 23 kisah kesengsaraan Tuhan memuncak kepada kematian di kayu salip kemudian dikuburkan pada petang itu juga. Ketika di atas kayu salip dua orang penjahat disalipkan bersama Tuhan Yesus, mungkin membuat sedikit kekuatan kepada Tuhan Yesus kerana ada orang disalipkan bersama-Nya. Tetapi yang seorang pula turut menghina Tuhan Yesus (ay.39) dan seorang lagi sempat insaf akan dosa-dosanya dan mengaku Tuhan Yesus ialah Mesias sesuai mesias Alkitab bukan mesias menurut fikiran orang Yahudi (ay.40-42). Tuhan Yesus menerima pertaubatan orang itu dan pada hari itu juga bersama Tuhan Yesus di Firdaus (ay.43).
Mari kita belajar seperti orang yang disalip bersama Tuhan Yesus insaf dan mengatakan Dia tidak melakukan kesalahan apa-apa, ingatlah aku apabila Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 4.11.2024.
Tahniah kepada Pdt Christopher Ogodong Bishop baharu PCS bagi tahun 2024 sehingga 2028, begitu juga semua ahli exco yang baharu selamat melayani.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment