Yohanes 6:33-35 (AVB) Roti yang diberikan oleh Allah ialah Dia yang turun dari syurga dan memberi hidup kepada manusia di dunia.” Kemudian mereka berkata, “Tuhan, berilah kami roti itu selalu.” Yesus berkata kepada mereka, “Akulah roti hidup itu. Sesiapa yang datang kepada-Ku tidak akan lapar lagi, dan sesiapa yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga lagi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Akulah roti hidup" Bab 6 ada menceritakan Tuhan Yesus memberi makan lima ribu orang (ay.1-15), reaksi pertama rakyat daripada peristiwa itu mereka mahu memaksa Tuhan Yesus menjadi raja (ay.15) sebab mereka sedang berfikir Dia mesias politik. Rakyat mula mencari Tuhan Yesus di mana saja Dia pergi kerana niat mahu menjadikan Dia raja, tetapi Tuhan Yesus mengajar mereka tentang roti hidup, untuk mengalihkan niat rakyat menjadikan Dia raja, bahawa Dialah roti hidup yang turun dari syurga seperti manna yang dimakan oleh nenek moyang mereka (ay.33). Siapa yang makan roti itu tidak akan lapar lagi (ay. 35). Maksud Tuhan Yesus bukanlah makan roti atau Dia menjadi roti yang boleh dimakan tetapi maksud rohani, bahawa Dia ialah Mesias rohani bukan mesias politik. Kalau kita percaya kepada-Nya rohani kita tidak akan kosong lagi. Mari kita belajar makan roti yang turun dari syurga iaitu percaya kepada "Akulah roti hidup" itu supaya rohani tidak lapar dan mendapat hidup yang kekal. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 11.11.2024.

Comments

Popular Posts