Yohanes 11:47-48 (AVB) Oleh yang demikian, orang Farisi dan ketua imam mengadakan mesyuarat Majlis Agama. Mereka berkata, “Apakah yang patut kita buat? Lihatlah, orang itu banyak melakukan mukjizat! Jika kita biarkan Dia terus melakukannya, semua orang akan percaya kepada-Nya. Nanti orang Romawi akan datang memusnahkan kedudukan dan bangsa kita!” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Memusnahkan bangsa kita!" Bab 11 Injil Yohanes menceritakan Tuhan Yesus menghidupkan Lazarus yang sudah empat hari dalam gua kubur (ay.39), tidak dapat disangkal kenyataan bahawa Lazarus memang sudah mati, malah disaksikan oleh orang ramai. Tuhan Yesus memanggil Lazarus dia pun hidup semula (ay.44). Ramai yang percaya kepada Tuhan Yesus, boleh dikatakan setiap kali ada penampilan-Nya ada yang akan percaya ada yang tidak percaya (ay.44), golongan Yahudi yang tidak percaya melapor peristiwa itu kepada orang Farisi (ay 45). Kemudian majlis agama Yahudi bermesyuarat apakah tindakan terhadap Tuhan Yesus ekoran semakin banyak mukjizat yang Dia lakukan (ay.47) mereka takut kedudukan mereka tergugat kalau semakin ramai yang percaya kepada-Nya, nanti pihak pemerintah (Romawi) mengetahui dan memusnahkan bangsa mereka (ay.48). Majlis agama Yahudi lebih berminat mempertahan kedudukan politik berbanding kedudukan rohani, menyebabkan kebanyakkan mereka menolak Tuhan Yesus sebagai Mesias. Hari ini pun cerita tidak jauh beza, kedudukan politik boleh mengatasi percaya kepada Tuhan Yesus walaupun sudah banyak mukjizat yang berlaku dalam hidup kita. Seperti diberi anak yang bijaksana dalam pelbagai bidang, berkat kebendaan, kedudukan dalam kerajaan dan sebagainya. Mari kita belajar tidak seperti majlis agama Yahudi yang lebih takut kuasa politik memusnahkan bangsa kita berbanding kuasa kebangkitan yang menghidupkan Lazarus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 16.11.2024.

Comments

Popular Posts