Yohanes 17:25-26 (AVB) Bapa Yang Maha Benar! Dunia tidak mengenal-Mu, namun Aku mengenal-Mu, dan kesemua mereka ini tahu bahawa Engkaulah yang telah mengutus-Ku. Aku telah menyatakan nama-Mu kepada mereka. Aku akan terus berbuat demikian, supaya kasih-Mu kepada-Ku bertapak kukuh dalam hati mereka dan supaya Aku di dalam mereka.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku di dalam mereka" Bab 17 Injil Yohanes sambungan kisah ketika perjamuan akhir dan Tuhan membasuh kaki para murid-Nya, dalam peristiwa kali ini Tuhan Yesus berdoa kepada para murid, antara yang disebut ialah Dia berjanji terus menyatakan nama Bapa kepada para murid supaya kasih Bapa kepada-Nya bertapak dalam hati para murid (ay.26) atau dengan kata lain kasih Bapa yang diberikan kepada Tuhan Yesus juga diberikan kepada para murid. Hari ini kasih itu sampai kepada kita. Tidak ada sebab kita tidak dapat mengasihi orang lain sebab kita sudah mengalami kasih Bapa itu, sebab Tuhan Yesus di dalam kita. Mari kita belajar mengasihi orang lain kerana "Aku di dalam mereka" kata Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah. 22.11.2024.

Comments

Popular Posts