Kisah Para Rasul 1:18-19 (AVB) (Dia memperoleh sekeping tanah dengan upah durjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertengahan tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai. Seluruh penduduk Yerusalem mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.) Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Hakal Dama" Kitab Para Rasul ialah kitab kedua tulis doktor Lukas selepas dia menulis Injil Lukas. Kitab ini juga didedikasi kepada seorang pemimpin Roma yang bernama Teofilus (ay.1). Salah satu yang disebut dalam bab 1 ialah tentang pengakhiran pelayanan kerasulan Yudas Iskariot, dia jatuh terjerumus perutnya terburai (ay.18), harga upah Yudas Iskariot menjual Tuhan Yesus sempat dikembalikan kepada majlis agama sebelum dia mati. Majlis agama tidak mengambil semula wang itu tetapi membeli sebidang tanah untuk tanah perkuburan orang asing di Yerusalem (Mat.27:7) mereka menyebut tanah itu "Hakal Dama" yang bermaksud "Tanah Darah" (ay.19). Mungkin inilah sumbangan Yudas Iskariot sebagai rasul sebidang tanah, walaupun dengan cara yang jahat pada mulanya tetapi menjadi berkat kepada bangsa asing yang meninggal ketika berziarah di Yerusalem. Hari ini gereja masih memerlukan tanah perkuburan, syukur ada juga individu tertentu yang sukarela melepaskan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tanah perkuburan. Mari kita belajar Hakal Dama telah menjadi berkat kepada bangsa asing kitalah bangsa asing itu, kerana darah Yudas kita ada tempat di Yerusalem oleh darah Tuhan Yesus kita ada tempat di syurga. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 27.11.2024.

Comments

Popular Posts