Kisah Para Rasul 5:40-42 (AVB) Majlis Agama menerima nasihat Gamaliel. Para rasul dipanggil, dipukul, dilarang lagi bercakap dengan nama Yesus, lalu dibebaskan.
Ketika beredar pergi dari Majlis Agama, para rasul bersukacita kerana dianggap layak menanggung aib atas nama Yesus.
Setiap hari, di Bait Suci dan di setiap rumah orang, mereka terus-menerus mengajarkan dan mengkhabarkan berita baik bahawa Yesus itulah Mesias.
Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Bersukacita kerana dianggap layak menanggung aib atas nama Yesus" Bab 5 kitab Kisah Para Rasul cerita beberapa kejadian yang pertama tentang Ananias dan Safira (ay.1-11) mereka suami isteri mati serta merta di hadapan Petrus kerana berbohong hasil penjual tanah mereka. Kemudian cerita bagaimana para rasul membuat tanda mukjizat (ay.12-17) terkena bayang-bayang Petrus pun orang akan sembuh (ay.15). Kemudian para rasul mula ditangkap dan dipenjara oleh imam besar dan semua yang bersamanya (Saduki) kerana mereka iri hati (ay.17-18), tetapi yang peliknya para rasul malah bersukacita kerana menganggap mereka layak menerima aib kerana Tuhan Yesus (ay.41). Penderitaan dalam pelayanan tidak dapat dielakkan apakah tindak balas kita? bersukacita, melawan atau bersedih, para rasul memilih bersukacita.
Mari kita belajar memilih bersukacita kerana dianggap layak menanggung aib atas nama Yesus dalam pelayanan mahu kehidupan seperti para rasul.
Krismas yang sejati memilih bersukacita atas penderitaan yang dialami.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia.
1.12.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment