Yohanes 13:13-15 (AVB) Kamu memanggil-Ku Guru dan Tuhan. Tepatlah panggilanmu itu, kerana Aku memang Guru dan Tuhan.
Jika Aku sebagai Tuhan dan Gurumu sanggup membasuh kaki kamu, maka haruslah kamu saling membasuh kaki sesama sendiri.
Aku telah memberi teladan kepada kamu semua. Lakukanlah apa yang telah Kulakukan untukmu.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Aku memang guru dan Tuhan" Bab 13 Injil Yohanes menceritakan kisah Tuhan Yesus membasuh kaki para murid-Nya (ay.1-20), seperti biasa para murid tidak faham maksud Tuhan Yesus membasuh kaki mereka, sebab perbuatan itu biasanya dilakukan oleh hamba, adakah Tuhan Yesus itu hamba? Para murid akan faham kemudian kata Tuhan Yesus (ay.7), memang banyak perkara yang kita tidak faham serta merta ada yang bertahun-tahu atau ada yang sampai mati pun tidak faham. Peristiwa Tuhan Yesus membasuh kaki sangat penting sebab ada pengakuan berterus terang Tuhan Yesus bahawa Dia memang guru dan Tuhan (ay.13), ada seorang penyerang iman Kristian mengatakan kalau ada dalam Alkitab di tulis pengakuan Tuhan Yesus "Dia Tuhan sembahlah Aku" dia akan menjadi Kristian, ayat ini boleh memberi pencerahan kepada orang itu, tetapi malang tidak sempat bertaubat dia meninggal.
Mari kita belajar Tuhan Yesus berkata "Aku memang guru dan Tuhan" kita tidak salah mentuhankan Dia.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
18.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment