Yohanes 3:1-3 (AVB) Pada masa itu ada seorang pemimpin Yahudi daripada golongan Farisi yang bernama Nikodemus.
Dia mengunjungi Yesus pada suatu malam lalu berkata, “Rabbi, kami tahu bahawa Engkau guru yang datang daripada Allah. Tidak mungkin seseorang melakukan mukjizat seperti yang Kaulakukan kecuali Allah menyertai-Nya.”
Yesus menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat kerajaan Allah.”
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Dilahirkan semula" Bab 3 Injil Yohanes ada menceritakan perbualan Tuhan Yesus dan Nikodemus dia dari golongan Farisi (ay.1), Nikodemus tertarik dengan mukjizat yang dilakukan oleh Tuhan Yesus, mestilah orang yang dapat melakukan mukjizat diserti oleh TUHAN kata Nekodemus (ay.2). Tuhan Yesus menjawab hanya mereka yang dilahirkan semula yang dapat melihat kerajaan TUHAN (ay.3) atau dengan kata lain dapat melakukan mukjizat. Nekodemus berfikir dilahirkan semula bermaksud masuk semula ke rahim ibu dan dilahirkan semula (ay.4). Mungkin agak lucu bagi Nekodemus, tetapi Tuhan Yesus menegaskan lagi seseorang mesti dilahirkan daripada air dan Roh Kudus membolehkan seseorang dapat masuk ke dalam kerajaan TUHAN (ay.5). Dapatlah kita fahami bahawa dilahir semula oleh air dan Roh Kudus membolehkan seseorang masuk ke dalam kerajaan TUHAN. Tidak mampu dilakukan oleh manusia hanya TUHAN saja yang boleh lakukan itu untuk kita. Mujizat yang Tuhan Yesus lakukan itu tanda bahawa Dia berasal dari TUHAN dan kalau kita mahu melakukan mukjizat mestilah sudah masuk dalam kerajaan TUHAN melalui kelahiran semua oleh air dan Roh Kudus. Semua itu bukan perbuatan kita atau usaha kita tetapi perbuatan TUHAN.
Mari kita belajar bahawa kita semua perlu dilahirkan semula supaya boleh melihat dan masuk ke dalam kerajaan TUHAN.
Damai sejahtera di sanubari kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
8.11.2024.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment