Yohanes 19:6-7 (AVB) Apabila ketua-ketua imam dan pegawai-pegawai melihat-Nya, mereka berteriak, “Salibkan Dia! Salibkan Dia!” Pilatus berkata kepada mereka, “Kamu ambil dan salibkan Dia; kerana aku mendapati-Nya tidak bersalah sama sekali.” Orang Yahudi itu menjawab, “Kami ada hukum, dan menurut hukum itu Dia patut dihukum mati, kerana Dia mengaku diri-Nya Anak Allah.” Kopivosihan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tentang "Kerana Dia mengaku diri-Nya Anak TUHAN" Bab 19 Injil Yohanes sambungan kisah perbicaraan Tuhan Yesus di hadapan Pilatus, dia masih bertegas Tuhan Yesus tidak bersalah sama sekali (ay.6), tapi Pilatus dalam masa yang sama telah menyiksa-Nya (ay.1), mungkin untuk yakinkan para pemimpin agama Yahudi bahawa Dia tidak bersalah walaupun sudah disiksa dan disoal dengan teliti. Pilatus masih berusaha membebaskan Tuhan Yesus pemimpin agama pula berusaha supaya Dia dihukum mati, menurut hukum agama mereka Tuhan Yesus dihukum mati kerana Dia mengaku Anak TUHAN (ay.7) tetapi itu tidak dapat meyakinkan Pilatus malah menambah ketakutannya, mungkin juga Pilatus benar-benar telah percaya bahawa Tuhan Yesus ialah TUHAN. Pemimpin agama Yahudi memang licik menggunakan kaisar sebagai senjata menyerang Pilatus kalau dia mengaku Tuhan Yesus sebagai raja, sebab kaisarlah satu-satunya raja mereka (ay.15), akhirnya Pilatus mengalah dan menyerahkan Tuhan Yesus untuk di salipkan. Dunia perbicaraan memang licik tetapi yang kalah dalam perbicaraan kerana fitnah, kurang bukti pembelaan dan sebagainya dikemudian hari akan dinyatakan benar oleh TUHAN seperti Tuhan Yesus Dia dinyatakan menang selepas Dia bangkit dari kematian. Membuktikan Dialah Anak TUHAN, Mesias, Raja di bumi dan di syurga (Mat.28:18) mengatasi kaisar dan semua raja di bumi. Mari kita belajar kerana Dia mengaku Anak TUHAN dunia membenci-Nya dan juga kepada para pengikut-Nya. Ibadah yang sejati mengaku Tuhan Yesus ialah Anak TUHAN. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 24.11.2024.

Comments

Popular Posts