Yohanes 18:37-38 (AVB) Dengan demikian Pilatus pun berkata kepada-Nya, “Jadi, adakah Kamu seorang raja?” Yesus menjawab, “Betul katamu. Aku seorang raja. Aku dilahirkan ke dunia untuk memberikan kesaksian tentang kebenaran. Setiap orang yang memihak kepada kebenaran mendengar suara-Ku.” Pilatus berkata kepada-Nya, “Apakah itu kebenaran?” Kemudian dia keluar mendapatkan orang Yahudi lalu berkata, “Aku mendapati-Nya tidak bersalah sama sekali. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Apakah itu kebenaran?" Bab 18 Injil Yohanes menceritakan tentang kisah selepas perjamuan akhir dan Tuhan Yesus membasuh kaki para murid, panjang lebar khutbah Tuhan Yesus kepada para murid-Nya dan di tutup dengan doa pengutusan para murid. Selepas ibadah perjamuan akhir itu Tuhan Yesus membawa para murid ke seberang sungai Kidron di sana ada satu taman (ay.1), Yudas si pengkhianat tahu tempat itu kerana mereka kerap ke sana (ay.2). Di taman itulah Tuhan Yesus ditangkap oleh askar, pengawai, ketua imam serta orang Farisi, mereka membawa senjata (ay.3). Akhirnya Tuhan Yesus ditangkap pada malam itu juga tanpa disedari oleh penduduk kota Yerusalem serta para peziarah perayaan Paska. Begitulah licik rancangan Yudas dan majlis agama Yahudi. Tuhan Yesus dibawa kepada imam untuk di adili (ay.12-24). Awal pagi mereka membawa pula kepada gebenor yang bernama Pilatus diadili untuk hukuman mati (ay.28) Tetapi Pilatus tidak mendapati kesalahan apa sehingga patut dihukum mati, kerana Tuhan Yesus hanya mahu menyatakan kebenaran. Apakah kebenaran itu? ialah mereka yang "mendengar suaraku"(ay.37) kata Tuhan Yesus. Tuhan Yesus juga mengaku Dia ialah raja tetapi bukan raja kerajaan dunia (ay.37). Dengan kata lain mereka yang menentang malah mahu membunuh Tuhan Yesus tidak percaya kepada kebenaran itu, mereka milih seorang perompak (ay.40) berbanding Tuhan Yesus. Hari ini kita memilih kebenaran atau perompak? Mari kita belajar memilih kebenaran dan bukan seorang perompak, apakah itu kebenaran? Mendengar suaraku kata Tuhan Yesus. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah, Malaysia. 23.11.2024.

Comments

Popular Posts