Yohanes 21:12-13 (AVB) Yesus berkata kepada mereka, “Marilah bersarapan.” Tiada seorang murid pun yang berani bertanya, “Siapakah Engkau?” kerana mereka tahu bahawa Dia ialah Tuhan. Yesus pun merapati mereka, mengambil roti lalu memberikannya kepada mereka. Begitu juga dilakukan-Nya dengan ikan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tentang "Marilah bersarapan" Bab 21 Injil Yohanes juga adalah penutup Injil ini, mungkin penulis sudah menutup di bab 20 tetapi selepas dia melihat semula tulisannya terfikir pula menambah penutup yang lain sebab masih banyak yang mahu ditulis (ay.25). Selepas kebangkitan Tuhan Yesus Dia tidak sepanjang masa bersama para murid, kisah yang diceritakan dalam bab ini kali ketiga Dia menampakkan diri (ay.14). Situasi bagaimana Petrus dan murid yang lain dipanggil menjadi murid diulang tayang lagi oleh Tuhan Yesus iaitu di tepi pantai dengan pukat yang sarat dengan tangkapan ikan tetapi pukat tidak koyak (Luk.5:1-11). Kali ini peristiwa itu ditambah dengan roti dan ikan bakar disediakan oleh Tuhan Yesus kepada para murid-Nya sebagai sarapan (ay.9,13) Bolehlah kita katakan sarapan terakhir mereka bersama Tuhan Yesus. Ulang tayang sesuatu peristiwa penting dalam hidup kita kalau kita bijak mengolah seperti yang telah dilakukan oleh Tuhan Yesus, antaranya telah memulihkan semula semangat para murid-Nya terutama Petrus sendiri. Peristiwa itu sangat mengamit kenangan penulis Injil Yohanes sehingga dia tahu rencian peristiwa itu. Mari kita belajar marilah sarapan bersama Tuhan Yesus untuk mengulang tayang peristiwa anda menjadi murid-Nya. Damai sejahtera di sanubari kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. 26.11.2024.

Comments

Popular Posts