Tetapi kemudian mereka berbuat mungkar terhadap Allah nenek moyang mereka dan berbuat kafir dengan mengikuti tuhan-tuhan segala bangsa negeri itu, yang telah dipunahkan Allah dari hadapan mereka. Oleh sebab itu Allah Israel menggerakkan hati Pul, iaitu Tilgat-Pilneser, raja Asyur, sehingga dia membuang orang Ruben, orang Gad, dan separa suku Manasye. Dibawanya mereka ke Halah, Habor, Hara, serta ke tepi Sungai Gozan. Demikianlah sampai hari ini. 1 Tawarikh 5:25-26 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membuang orang Ruben, orang Gad dan separuh suku Manasye" Bab 5 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah kali ini suku Ruben, Gad dan separuh suku Manasye. Mereka tinggal di sebelah timur seberang sungai Yordan, tiga suku ini kuat tetapi jatuh dalam dosa menyembah tuhan-tuhan bangsa yang dihukum oleh TUHAN (ay.25). Kemudian mereka dihukum dibuang dari tanah mereka oleh raja Asyur Tilgat-Pilneser ke Halah, Habor, Hara serta di tepi Sungai Gosan, sehingga kitab Tawarikh ini ditulis (ay.26). Maksudnya mereka tidak pulang daripada pembuangan mengikut rombongan yang disebut dalam kitab Tawarikh, besar kemungkin sehingga hari ini, kita tahu tempat mereka dibuang sebahagian Iran, Iraq dan Syria. Mereka berasimilasi di tempat itu, kita percaya TUHAN masih melindungi umat pilihan walau di mana pun mereka berada. Hari ini suku kita kebanyakan masih menetapkan di Borneo, tetapi sudah banyak penghijrahan ke Australia, Jepun, Korea dan negara-negara barat, Amerika dan sebagainya sebab pekerjaan, perkahwinan, belajar dan sebagainya. Adakah kita sedang dibuang atau itu adalah misi penginjilan? Semoga kita berhijrah bukan seperti TUHAN membuang orang Ruben, orang Gad dan separuh suku Manasye kerana tidak setia kepada TUHAN tetapi misi Injil. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya penghijrahan kami bukan pembuangan tetapi pengembangan Injil. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 24.5.2026.

Comments

Popular Posts