Pada waktu itu majulah Rezin, raja Aram, dan Pekah anak Remalya, raja Israel, ke Yerusalem untuk berperang. Mereka mengepung Ahas, tetapi tidak dapat mengalahkannya.
Kemudian Ahas mengirim beberapa orang utusan kepada Tiglat-Pileser, raja Asyur, dengan pesan, “Aku ini hamba tuan dan anak tuan. Majulah dan selamatkanlah aku daripada tangan raja Aram dan daripada tangan raja Israel yang bangkit menyerang aku.”
2 Raja-Raja 16:5, 7.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Selamatkanlah aku"
Bab 16 kitab 2 Raja-Raja kisah Ahas raja Yehuda meminta pertolongan daripada Tiglat-Pileser raja Asyur (sekarang Iraq) kerana Yerusalem diserang oleh Pekah raja Isreal dan Rezin raja Aram (sekarang Syria).
Sebenarnya kedua-duanya raja ini tidak berjaya mengalahkan raja Ahas (ay.5), tetapi entah mengapa mahu juga dia meminta bantuan raja Asyur (ay.7).
Dia juga pergi ke Damsyik menemui raja Tiglat-Pileser dan melihat mazbah yang ada di sana lalu mengirim kepada imam Uria di Yerusalem agar membuat mazbah yang sama (ay.10-11) dan dijadikan tempat korban menggantikan mazbah di Bait TUHAN (ay.13).
Begitulah cara raja Ahas mengambil hati raja Asyur itu selepas diberi pertolongan.
Kita perlu berhati-hati kepada siapa kita berseru "selamatkanlah aku" berserulah kepada TUHAN bukan kepada tuhan-tuhan yang lain.
Semoga kita tidak seperti raja Ahas berseru selamatkanlah aku tetapi bukan kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak berseru selamatkanlah aku kepada Tuhan lain.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 10.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment