Anak-anak Simeon: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul. Kemudian turun-temurunnya ialah Salum, Mibsam, dan Misma. Anak-anak Misma turun-temurun: Hamuel, Zakur, dan Simei. Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi saudaranya tidak mempunyai ramai anak. Seluruh kaum mereka tidak bertambah ramai sebagaimana bani Yehuda. 1 Tawarikh 4:24-27 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka tidak bertambah ramai" Bab 4 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah keturunan Yehuda kemudian Simeon. Keturunan Simeon tidak bertambah ramai sebagaimana keturunan Yehuda (ay.27). Simeon anak Yakub daripada Leah (Kej.29:33). Suku yang tidak menonjol berbanding suku lain dalam sejarah Israel, Musa sendiri tidak menyebut suku ini dalam ucapan perpisahannya di Ulangan 33. Begitulah lumrah manusia yang lemah atau sedikit selalu dilupakan, sangat tidak adil tetapi itulah hakikatnya. Walau bagaimanapun penulis kitab Tawarikh masih ingat suku ini berbanding penulis kitab Ulangan dan Kejadian yang menubuatkan suku ini terserak di Israel (Kej.49:5-7) Hari ini adakah kita sudah dilupakan atau kita sudah melupakan kerabat kita yang tidak menonjol sebab sedikit bilang, kurang dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Tetapi TUHAN masih ingat mereka di kitab Tawarikh. Semoga kita walaupun seperti suku Simeon mereka tidak bertambah ramai tetapi tetap diingat oleh TUHAN. Doa: Tuhan Yesus ingatlah kami bangsa yang kecil di dunia ini. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 23.5.2026.

Comments

Popular Posts