Daud dan semua orang Israel pergi ke Yerusalem, iaitu Yebus. Orang Yebus, penduduk negeri itu, tinggal di sana. Kata penduduk Yebus kepada Daud, “Engkau tidak akan berjaya masuk ke mari.” Tetapi Daud merebut kubu pertahanan Sion, iaitu Kota Daud. Daud berkata, “Sesiapa pun yang lebih dahulu menyerang orang Yebus, akan menjadi ketua dan panglima.” Yoab anak Zeruya maju lebih dahulu sehingga dia berjaya diangkat menjadi ketua. 1 Tawarikh 11:4-6 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi ketua dan panglima" Bab 11 kitab 1 Tawarikh kisah semua tua-tua orang Israel datang menghadap Daud di Hebron selepas kematian Saul dan anak-anaknya untuk menjadikan dia raja mereka (ay.1-3). Kemudian mereka pergi ke Yerusalem pada masa itu didiami oleh orang Yebus. Orang Yebus memandang rendah kemampuan Daud, Daud pula memberi tawaran siapa yang lebih dahulu menyerang orang Yebus dia akan menjadi ketua dan panglima, Yoab anak Zeruya yang berjaya, dia diangkat menjadi ketua (ay.6). Daud memang jujur apabila berjanji. Selain Yoab ada lagi para kesateria yang gagah perkasa menjadi penyokong kuat raja Daud itulah yang menguatkan kedudukannya (ay.10-47). Daud berjaya menarik minat dan sokongan para gagah perkasa terhadapnya. Bukan dianggap sebagai ancaman tetapi kekuatan. Hari ini pun kita dikelilingi oleh orang yang gagah perkasa adakah kita mahu bermusuhan dengan mereka atau menjadi kawan mereka salah satu cara dengan memberi tawaran tetapi kita perlu jujur seperti Daud. Semoga kita seperti Daud melantik Yoab anak Zeruya menjadi ketua dan panglima kerana dia berjaya memenangi tawaran bukan sebab ikatan keluarga. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya jujur ketika menawarkan sesuatu seperti raja Daud. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 30.4.2026.

Comments

Popular Posts