Disingkirkannya bukit-bukit pemujaan, dihancurkannya tiang-tiang berhala, dan ditebangnya patung-patung Asyera. Dia pun menghancurkan ular tembaga yang dibuat oleh Musa, kerana sampai pada masa itu orang Israel masih membakar dupa bagi ular tembaga itu, yang dinamai Nehustan. Hizkia meyakini TUHAN, Allah Israel. Tidak ada yang seperti dia antara semua raja Yehuda, sebelum ataupun sesudahnya. 2 Raja-Raja 18:4-5 Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Tidak ada seperti dia" Bab 18 kitab 2 Raja-Raja kisah raja Hizkia menaiki takhta Kerajaan Yehuda ketika berusia 25 tahun (ay.1-2). Dia melakukan yang benar seperti raja Daud, akhirnya ada raja seperti raja Daud yang setia kepada TUHAN. Hizkia menyingkirkan bukit-bukit pemujaan, menebang patung-patung Asyera dan menghancurkan ular tembaga yang buat Musa kerana disembah oleh orang Israel (ay.4). Hizkia begitu menyakini TUHAN tidak ada seperti dia antara semua raja Yehuda sebelum atau selepasnya (ay.5). Begitulah iman seorang raja yang masih muda. Iman raja diuji dengan kehadiran utusan raja Sanherib yang mempercilkan dia malah TUHAN sendiri (ay.19-35). Dalam kesusahan iman seseorang diuji, sama ada tetap setia kepada TUHAN atau tidak. Semoga kita seperti raja Hizkia tidak ada yang seperti dia antara semua raja Yehuda. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya iman kami tetap setia kepada-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 12.4.2026.

Comments

Popular Posts