Akan tetapi, mereka tidak mematuhi segala perintah-Nya itu manakala Manasye pula menyesatkan mereka sehingga mereka melakukan apa yang jahat, lebih daripada bangsa-bangsa yang telah dipunahkan TUHAN dari hadapan orang Israel.
2 Raja-Raja 21:9
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Manasye pula menyesatkan mereka"
Bab 21 kitab 2 Raja-Raja kisah raja Manasye yang menggantikan raja Hizkia selepas kemangkatannya.
Raja Manasye paling lama bertakhta di Yerusalem iaitu 55 tahun sejak dia berumur 12 tahun (ay.1).
Entah mengapa ayahnya seorang yang setia kepada TUHAN tetapi dia pula sangat tidak setia, malah lebih jahat daripada bangsa-bangsa yang dihukum TUHAN (ay.9).
Dari mana Manasye belajar menghidupkan semula penyembahan kepada Baal, patung Asyera, sujud menyembah kepada semua benda di langit, membina pelbagi mazbah di Bait TUHAN, membakar anaknya sebagi korban, mengamal kegiatan nujum dan memanggil roh dan ahli sihir, semua ink akhirnya menyebab TUHAN murka (ay.2-7).
Selepas kemangkatan Manasye penggantinya pun sama berbuat jahat di mata TUHAN.
Saya fikir gereja sudah cukup baik mengajar tentang menyembah TUHAN satu-satunya dan berbuat baik terhadap orang lain seperti diri sendiri, inilah ucapan berkat setiap kali ibadah umum ditutup.
Adakah kita lebih baik daripada bangsa di sekeliling kita yang menyembah tuhan yang lain? Atau kita lebih jahat daripada mereka.
Semoga kita tidak seperti raja Manasye pula menyesatkan mereka sehingga mereka melakukan apa yang jahat, lebih daripada bangsa-bangsa yang telah dihukum TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menyesatkan orang melalui cara penyembahan kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 15.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment