Pada malam itu malaikat TUHAN keluar dan menewaskan 185,000 orang di perkhemahan Asyur. Apabila orang bangun pada pagi esoknya, didapati mayat-mayat belaka! Maka berangkatlah Sanherib, raja Asyur, berjalan pulang, lalu dia tinggal di Niniwe.
2 Raja-Raja 19:35-36
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Raja Asyur berjalan pulang"
Bab 19 kitab 2 Raja-Raja kisah raja Hizkia meminta petunjuk daripada nabi Yesaya tentang ancaman Sanherib raja Asyur akan memusnahkan kota Yerusalem (ay.8-12)
Hizkia berharap kepada TUHAN, dia tidak berharap kepada kerajaan lain untuk menolongnya (ay.14-19).
TUHAN pun menolong Hizkia dengan pesan melalui nabi Yesaya bahawa Sanherib tidak akan memanah satu anak panah pun ke Yerusalem atau masuk menghampir, dia akan pulang begitu saja (ay.32-33).
Memang berlaku sebab malaikat TUHAN membunuh 185 ribu askar Asyur, Sanherib pulang di kota Niniwe (ay.35-36) kemudian dibunuh oleh dua anaknya (ay.37).
Bagi TUHAN terlalu mudah mengalahkan raja Sanherib tanpa perlu raja Hizkia berperang.
Dalam kesempitan hidup ada saja cara TUHAN menolong di luar imaginasi kita.
Semoga musuh yang mahu memusnahkan kita seperti raja Asyur berjalan pulang begitu saja.
Doa: Tuhan Yesus kami ini lemah ibarat Kota Yerusalem yang mahu dimusnahkan oleh Sanherib, tolong kami jangan biarkan kami dimusnahkan.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 13.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment