Inilah orang yang ditugaskan Daud untuk memimpin nyanyian di Bait TUHAN setelah tabut itu tersimpan di sana. Mereka berbakti dengan nyanyian di depan Khemah Suci, iaitu Khemah Pertemuan, sampai Salomo membina Bait TUHAN di Yerusalem. Mereka melaksanakan tugas masing-masing selaras dengan peraturannya.
1 Tawarikh 6:31-32
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memimpin nyanyian di Bait TUHAN"
Bab 6 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah kali ini keturunan suku Lewi, dua nama yang menonjol dalam kitab Taurat iaitu Musa dan Harun yang juga keturunan suku Lewi, tetapi penulis kitab ini tidak menonjolkan dua nama tersebut. Mungkin tumpuan penulisan berbeza dan mahu tampil berbeza supaya kitab ini dapat memberi sesuatu yang baharu kepada umat TUHAN.
Saya tertarik dengan kumpulan penyanyi di Bait TUHAN sebelum Bait TUHAN dibina yang diusahakan oleh raja Daud (ay.31).
Kita dapat bayangkan suara nyanyian merdu setiap hari di Bait TUHAN.
Bukankah itu membuat setiap hari Bait TUHAN meriah berbanding gereja hanya seminggu sekali ada nyanyian.
Semoga kita seperti para suku Lewi yang ditugaskan Daud untuk memimpin nyanyian di Bait TUHAN setiap hari malah siang dan malam.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya hati kami sentiasa memuji-Mu seperti para penyanyi bait TUHAN.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 25.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment