Imam Besar Hilkia berkata kepada jurutulis Safan, “Aku menemui semula Kitab Suci Taurat di dalam Bait TUHAN.” Hilkia menyerahkan kitab itu kepada Safan lalu Safan membacanya. Seterusnya jurutulis Safan memberitahu raja, “Imam Hilkia telah menyerahkan sebuah kitab kepada hamba.” Lalu Safan membacakannya di hadapan raja. Apabila raja mendengar perkataan Kitab Suci Taurat itu, dia pun mengoyakkan pakaiannya. 2 Raja-Raja 22:8, 10-11 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Aku menemui semula Kitab Suci Taurat" Bab 22 kitab 2 Raja-Raja kisah raja Yosia menaiki takhta Kerajaan Yehuda ketika berumur 8 tahun (ay.1) setahun lebih tua berbanding raja Yoas leluhurnya ketika menjadi raja (2 Raj.11:21). Pada zaman Yosia ditemukan Kitab Taurat di dalam Bait TUHAN (ay.8). Kitab itu kemudian dibacakan kepadanya, lalu dia bertaubat kerana kesal bahawa selama ini mereka tidak mentaati hukum Taurat (ay.10-11). Boleh dikatakan pertaubatan raja Yosia telah melengahkan hukuman TUHAN terhadap kerajaan Yehuda (ay.20) akibat dosa raja Manasye yang disebut di bab 21. Kuncinya menemukan kitab Taurat kemudian membaca dan bertaubat. Hari ini di rumah atau dalam telefone pintar ada Alkitab sudahkah kita temui dibaca dan percaya lalu bertaubat. Semoga kita seperti raja Yosia aku menemui semula Kitab Suci Taurat lalu bertaubat. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menemui Alkitab dalam rumah atau dalam telefone kami supaya kami bertaubat. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 16.4.2026.

Comments

Popular Posts