juga kepada tukang tembok serta tukang pahat batu. Wang itu juga digunakan untuk membeli kayu dan batu pahat bagi memperbaik kerosakan Bait TUHAN, serta untuk segala perbelanjaan bagi pembaikan Bait itu. 2 Raja-Raja 12:12 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memperbaiki kerosakan" Bab 12 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah raja Yoas yang naik takhta pada usia 7 tahun, berbuat baik di mata TUHAN selama Yoyada menjadi penasihatnya (ay.2). Salah satu yang dibuat oleh Yoas ialah memperbaiki kerosakan Bait TUHAN, kerosakan mungkin sebab pereputan semulajadi atau akibat peperangan dan sebagainya. Cara Yoas ialah memerintah para imam melakukan pembaikan menggunakan wang persembahan di Bait TUHAN tetapi selepas beberapa tahun para imam gagal melakukan pembaikan (ay.4-6), memang bukan kemahiran mereka dalam baiki pulih bangunan atau wang persambahan tidak diurus dengan bijak. Mungkin ada gereja mempunyai pengalaman yang sama. Akhirnya tugas itu tidak lagi diberikan kepada para imam tetapi diserahkan kepada pengawai kerajaan. Imam Yoyada membuat satu peti khas diletakkan di sisi mazbah Bait TUHAN (ay.9) untuk perbelanjaan pembaikan itu, pembaikan pun berjalan seperti mana raja Yoas perintahkan (ay.11-14). Membaiki kerosakan atau membina bangunan gereja agak lambat kalau berharap kepada para pelayan TUHAN lebih baik mengupah pekerja yang mahir walaupun perlu kos yang lebih tinggi. Semoga memperbaiki kerosakan bangunan gereja diserahkan kepada para tukang yang mahir bukan kepada pelayan TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mengupah pekerja yang mahir untuk memperbaiki kerosakan gereja-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 6.4.2026.

Comments

Popular Posts