Dia menewaskan sepuluh ribu orang Edom di Lembah Garam dan merebut Sela dalam peperangan itu. Lalu dinamainya kota itu Yokteel; demikianlah nama kota itu sampai hari ini. Suatu waktu Amazia mengirim beberapa orang utusan kepada Yoas anak Yoahas anak Yehu, raja Israel, dengan pesan, “Mari kita beradu tenaga.” 2 Raja-Raja 14:7-8 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Beradu tenaga" Bab 14 kitab 2 Raja-Raja kisah beberapa raja Yehuda dan Israel silih berganti, di Yehuda raja dibunuh oleh para pengawai sendiri sudah menjadi kebiasaan seperti Yoas (2 Raj.12:20) dan Amazia (ay.19. Seperti yang dikatakan TUHAN melalui perantaraan nabinya kepada raja Daud pedang tidak akan lari dari keluarganya (2 Sam.12:10). Raja Amazia pula mahu berperang dengan Yoas raja Israel, walaupun diberi nasihat oleh Yoas agar tidak berperang (ay.7-8). Amazia mungkin menjadi sombong lepas menang berperang dengan orang Edom (ay.7). Begitulah sikap manusia apabila mendapat kejayaan besar selalu berfikir sudah hebat dan mampu mengalahkan cabaran yang lebih kecil. Semoga kita tidak beradu tenaga semata-mata membuktikan diri hebat. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya sedar semua kejayaan kerana pertolongan dan izin-Mu tidak perlu kami beradu tenaga. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 8.4.2026.

Comments

Popular Posts