Hizkia bergembira atas kedatangan mereka. Diperlihatkannya kepada mereka seluruh gedung harta bendanya, perak dan emas, rempah-ratus dan minyak yang berharga, seluruh gedung persenjataannya dan segala sesuatu yang terdapat dalam perbendaharaannya. Tidak ada barang dalam istana dan seluruh daerah kekuasaannya yang tidak diperlihatkan kepada mereka oleh Hizkia. 2 Raja-Raja 20:13 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hizkia bergembira atas kedatangan mereka" Bab 20 kitab 2 Raja-Raja kisah Hizkia raja Yehuda jatuh sakit kemudian sembuh sebab TUHAN mendengar doanya (ay.1-11). Kemudian Merodakh-Baladan raja Babel menziarahi Hizkia kerana mendengar dia sembuh daripada penyakit, Hizkia sangat gembira ditunjukkan seluruh gedung hartanya tidak satu yang tidak ditunjukkan serta seluruh daerah kekuasaannya (ay.12-13). Ketika hati seseorang sedang mood gembira biasanya dia akan menunjukkan apa yang diada, tetapi TUHAN menegur perbuatan Hizkia itu, bahawa suatu hari nanti semua yang dilihat oleh raja Babel akan diangkut ke Babel termasuk beberapa anak keturunan Hizkia akan menjadi para sida di Babel (ay.16-18). Bukanlah sebab Hizkia menunjuk-menunjuk yang membuat kerajaan Yehuda jatuh tetapi dosa raja yang menggantikan Hizkia, walau bagaimana pun kita perlu kawal diri ketika mood gembira jangan tunjukkan semuanya kepada tetamu. Semoga kita tidak seperti Hizkia bergembira atas kedatangan mereka iaitu raja Babel dengan menunjukkan semua milik kerajaan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat kawal diri ketika menerima tetamu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 14.4.2026.

Comments

Popular Posts