Anak-anak Bela: Adar, Gera, Abihud, Abisua, Naaman, Ahoah, Gera, Sefufan, dan Huram. Inilah anak-anak Ehud (mereka inilah ketua kaum keluarga penduduk Geba yang telah dibuang ke Manahat): Naaman, Ahia, dan Gera, yang membuang mereka. Gera beranakkan Uza dan Ahihud. 1 Tawarikh 8:3-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dibuang ke Manahat" Bab 8 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah kali ini keturunan Benyamin, ada juga disebut keturunan raja Saul (ay.29-40) tetapi tidak disebut sebagai raja pertama Israel. Mungkin penulis fokus kepada keturunan raja Daud kemudian bersambung di PB membawa kepada Tuhan Yesus yang dikatakan raja selama-lamanya dari keturunan raja Daud. Apa yang menarik perhatian saya iaitu kisah penduduk Geba dibuang ke Manahat oleh kaum keluarga mereka sendiri. Tidak disebut kenapa tetapi peristiwa itu penting bagi si penulis kitab Tawarikh. Mungkin Geba sudah tidak cukup tempat untuk menampung keluarga yang semakin ramai. Dalam konteks kita di kampung belum ada lagi yang tidak cukup kawasan untuk membina kehidupan, walaupun bagaimana pun ada juga yang berhijrah ke tempat lain sebab perkahwinan, beli tanah baharu, merajuk sebab tidak diberi tanah pusaka dan sebagainya. Semoga kita tabah kalau seperti sebahagian penduduk Geba yang dibuang ke Manahat. Anggapan saja peluang untuk menyebarkan Injil sebab di mana saja Injil disebut di situ ada kehidupan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami kalau perlu berhijrah biar kami terus beribadah kepada-Mu walau di mana pun kami berada. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan Malaysia 27.4.2026.

Comments

Popular Posts