Anak-anak Yosia: Yohanan, yang sulung; Yoyakim, anak kedua; Zedekia, anak ketiga; Salum, anak keempat. Anak Yoyakim ialah Yekhonya, dan anak Yekhonya ialah Zedekia.
Anak-anak Yekhonya, orang tahanan itu: Sealtiel, Malkhiram, Pedaya, Syenasar, Yekamya, Hosama, dan Nedabya. Anak-anak Pedaya: Zerubabel dan Simei. Anak-anak Zerubabel: Mesulam dan Hananya. Selomit ialah saudara perempuan mereka.
1 Tawarikh 3:15-19
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Anak-anak Pedaya Zerubabel dan Simei"
Bab 3 kitab 1 Tawarikh bersambung kisah salasilah keturunan, tumpuan penulis keturunan raja Daud, sebelum dan dalam pembuangan.
Kita tahu bahawa umat Israel khususnya keturunan Yehuda sangat berharap dan percaya akan ada keturunan raja Daud yang mengembalikkan atau memulihkan kerajaannya. Walaupun dalam pembuangan harapan itu tidak padam malah semakin semarak. Boleh jadi kekuatan untuk memberontak, syukur tidak ada pemberontak ketika dalam pembuangan.
Apa yang manarik dalam salasilah itu nama Zerubabel, dialah yang mengetuai rombong pertama kembali ke Yerusalem (Ez.2:1-2).
Anak-anak raja Daud masih tidak hilang jati diri walaupun lahir dan membesar di pembuangan, masih berminat kembali ke Yerusalem.
Hari ini kita juga garis keturunan yang membawa kepada kedatangan Tuhan Yesus yang kedua.
Semoga kita seperti anak-anak Pedaya Zerubabel dan Simei tidak hilang jati diri.
Doa: Tuhan yang tolong kami supaya tidak hilang jati diri sebagi penerus generasi yang menunggu kedatangan kedua kali-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 22.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment