Seperti yang telah difirmankan TUHAN, Nebukadnezar mengeluarkan dari sana semua perbendaharaan Bait TUHAN dan perbendaharaan istana raja, lalu mengerat segala perkakas emas Bait Suci TUHAN yang dibuat oleh Salomo, raja Israel. Dia membuang seluruh penduduk Yerusalem, semua panglima, dan semua kesateria yang gagah perkasa, juga semua tukang dan pandai besi — sepuluh ribu orang jumlahnya. Tidak ada yang ditinggalkan, kecuali orang miskin dalam kalangan rakyat negeri itu.
2 Raja-Raja 24:13-14
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kecuali orang miskin"
Bab 24 kitab 2 Raja-Raja kisah semua penduduk Yerusalem dibuang ke Babel iaitu para panglima, para kesateria yang gagah perkasa, tukang dan pandai besi sepuluh ribu jumlahnya, tidak ada yang ditinggalkan, kecuali orang miskin (ay.14), berlaku pada zaman raja Yoyakhin (ay.12).
Semua perbendaharaan Bait TUHAN dan istana raja dikeluarkan oleh Nebukadnezar seperti yang dikatakan oleh nabi Yesaya kepada raja Hizkia (2 Raj.20:16-17).
Lebih kurang 100 tahun kemudian menjadi kenyataan.
Kita dapat lihat begitu lama masa diberikan oleh TUHAN supaya para raja Yehuda bertaubat, agaknya kalau semua raja selepas raja Hizkia benar di mata TUHAN, tidak berlaku pembuangan penduduk Yerusalem.
Kecuali orang miskin dikalangan rakyat Yehuda tidak dibuang (ay.14), mungkin dibiarkan mati kelapar di sana, tidak diceritakan keadaan mereka selepas itu.
Semoga kita belajar kota yang penuh dosa bukan lagi milik orang kaya dan berkuasa kecuali orang miskin.
Doa: Tuhan Yesus ampuni kami berilah belas kasihan-Mu jauhkan hukuman terhadap kota tempat kami tinggal.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 18.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment