Kesemuanya pejuang yang tahu mengatur barisan perang. Mereka datang ke Hebron dengan tulus hati untuk menobatkan Daud menjadi raja atas seluruh Israel. Semua orang Israel yang lain pun bersatu hati untuk menobatkan Daud menjadi raja. Tiga hari lamanya mereka tinggal di sana bersama dengan Daud, makan dan minum, kerana para saudara mereka menjamu mereka. 1 Tawarikh 12:38-39 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tulus hati untuk menobatkan Daud" Bab 12 kitab 1 Tawarikh kisah para kesateria yang gagah perkasa dari suku-suku Israel memberi sokongan kepada Daud menjadi raja. Itulah politik dalam kerajaan, aura Daud sangat kuat sebab dia dipilih oleh TUHAN, Saul pula dihukum oleh TUHAN kerana tidak setia (1Taw.10:13). TUHAN berkuasa mengangkat dan menurunkan seseorang. Dikatakan kesemua perjuangan yang datang ke Hebron dengan tulus hati untuk menobatkan Daud menjadi raja atas seluruh Israel (ay.38). Kalau bukan TUHAN yang mengerakkan hati agak mustahil mereka datang dengan tulus hati. Semoga kita seperti para kesateria yang gagah perkasa yang datang kepada Daud tulus hati untuk menobatkan Daud menjadi raja atas seluruh Israel dalam pelayanan dan pekerjaan kita. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya memiliki hati yang tulus. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 1.5.2026.

Comments

Popular Posts