Inilah barisan raja yang bertakhta di Tanah Edom sebelum ada seorang raja yang bertakhta atas orang Israel: Bela anak Beor. Nama kotanya ialah Dinhaba. Setelah Bela mati, Yobab anak Zerah dari Bozra menaiki takhta menggantikannya. Setelah Yobab mati, Husyam dari negeri orang Teman menaiki takhta menggantikannya. 1 Tawarikh 1:43-45 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Raja yang bertakhta di Tanah Edom" Bab 1 kitab 1 Tawarikh kisah salasilah yang bermula dari Adam, salah satu yang menarik perhatian saya keturunan Esau yang telah membina kerajaan Edom. Sebelum ada kerajaan Israel keturunan Yakub kembar Esau. Seperti yang kita baca dalam kitab Kejadian 27:39-40 Esau dikatakan akan menjadi hamba Yakub tetapi kalau dia berusaha boleh terlepas daripada kuk itu. Rupanya keturunan Esau berusaha supaya tidak hidup bergantung kepada keturunan Yakub. Akhirnya mereka lebih awal membina kerajaan dan ada raja sendiri. Hari ini pun kisah adik beradik ada yang dipandang rendah oleh adik beradik yang lain, tetapi kalau berusaha pasti seperti Esau boleh berjaya. Semoga kita tetap berusaha supaya ada raja yang bertakhta di Tanah Edom. Doa: Tuhan Yesus kami pun bangsa yang dipandang rendah oleh bangsa lain, terima kasih kerana Injil tidak memandang rendah malah membina bangsa menjadi kuat. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 20.4.2026

Comments

Popular Posts