Pada zaman Pekah, raja Israel, datanglah Tiglat-Pileser, raja Asyur. Dia merebut Iyon, Abel-Bet-Maakha, Yanoah, Kedesh, Hazor, Gilead, dan Galilea, seluruh Tanah Naftali, lalu membuang penduduknya ke Asyur.
2 Raja-Raja 15:29
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membuang penduduknya ke Asyur"
Bab15 kitab 2 Raja-Raja kisah raja-rajaYehuda silih berganti, Azarya raja Yehuda bertakhta selama 52 tahun (ay.2) raja kedua paling lama memerintah dalam sejarah Yehuda. Tetapi tidak banyak kisah dicatat dalam Alkitab berbanding raja Daud dan raja Ahab.
Kerajaan Israel pula raja mereka dalam bab ini hampir semuanya dibunuh oleh pengganti kecuali Manahem (ay.17-20).
Menunjukkan kerajaan itu sangat tidak stabil.
Diburukkan lagi kerajaan Asyur menyerang dan merebut seluruh Tanah Naftali, lalu membuang penduduknya ke Asyur (ay.29), sekitar tahun 734-732 SM.
Begitulah rencah kehidupan sesuatu kerjaan dunia, masih berlaku sehingga hari ini.
Semoga kita tidak seperti Tanah Naftali raja Tiglat-Pileser membuang penduduknya ke Asyur.
Doa: Tuhan Yesus kurniai kami kerjaan yang stabil supaya kami tidak dibuang.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 9.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment