Sesan tidak ada anak lelaki, hanya ada anak perempuan. Tetapi Sesan mempunyai seorang hamba yang bernama Yarha dari Mesir. Sesan memberikan anak gadisnya kepada Yarha, hambanya itu, sebagai isteri. Lalu perempuan itu melahirkan Atai baginya.
1 Tawarikh 2:34-35
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sesan memberikan anak gadisnya kepada Yarha, hambanya"
Bab 2 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah keturunan orang Israel, kali ini saya tertarik satu keluarga dari keturunan Yehuda yang bernama Sesan, dikatakan tidak mempunyai anak lelaki, kemudian dia memberi anak gadisnya kepada Yarha hambanya dari Mesir (ay. 43-34).
Kita dapat bayangkan betapa dipercayai hamba itu, sehingga dijadikan menantu.
Mungkin ada beberapa sebab kenapa ini pilihan Sesan, hamba ialah milik tuan, termasuk anak-anak hamba itu, ini bermaksud anak yang dilahirkan oleh Yarha masih keturunan yang sama taraf bagi Sesan bukan hamba lagi.
Dalam konteks kita hari ini anak angkat juga sama taraf dengan anak sendiri, selagi nama anak itu didaftar di JPN sebagi anak dalam keluarga itu.
Dalam pandangan orang Kristian kita juga anak yang sama taraf berbanding umat pilihan TUHAN iaitu Israel melalui iman kepada Tuhan Yesus (Gal.2:28).
Selain itu perkahwinan juga salah satu cara meneruskan iman keluarga.
Semoga kita seperti seperti Sesan memberikan anaknya kepada Yarha hambanya sebagi isteri untuk meneruskan iman kepada Tuhan Yesus.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menantu yang beriman kepada-Mu penerus keturunan dan iman keluarga.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 21.4.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment