Suatu ketika, Elisa pergi ke Damsyik ketika Benhadad, raja Aram, sedang sakit. Kemudian kepada raja dikhabarkan demikian, “Hamba Allah itu sudah datang ke mari.” Maka kata raja kepada Hazael, “Bawalah persembahan dan pergilah, serta songsonglah hamba Allah itu. Carilah petunjuk TUHAN daripada dia dan tanyakanlah, ‘Adakah aku akan sembuh daripada penyakit ini?’ ”
2 Raja-Raja 8:7-8
Konsapatan dan salam paskah, hari ini belajar tema "songsonglah hamba TUHAN itu"
Bab 8 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa, seperti nabi Elia dia juga melayani di Damsyik Aram (1 Raj.19:15-16), kali kedua Hazael disebut akan menjadi raja Aram.
Nampaknya Elisa lebih dihormati di negara luar berbanding di Israel bukan saja tidak dihormati malah mahu dibunuh oleh raja (2 Raj.6:31).
Raja Aram membawa empat puluh buat unta iaitu segala barang yang indah dari Damsyik, untuk bertanya adakah raja Benhadad akan sembuh (ay.9).
Bertanya saja pun begitu banyak hadiah, berbanding di Israel Elisa melayani tetapi tidak pernah ada hadiah daripada raja.
Begitulah lumrah seorang hamba TUHAN tidak dihargai di tempat asalnya, Tuhan Yesus bukan saja ditidak dihargai malah mahu dibunuh (Luk.4).
Semoga kita songsonglah hamba TUHAN itu seperti raja Benhadad lakukan.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menghargai para hamba TUHAN di tempat kami.
Sejahtera selalu.
Paskah kita menghargai pengorbanan Tuhan Yesus.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 2.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment