Setelah itu, raja Asyur maju menjelajahi seluruh negeri itu, lalu menyerang Samaria dan mengepungnya selama tiga tahun. Pada tahun kesembilan zaman pemerintahan Hosea, raja Asyur merebut Samaria. Dia membuang orang Israel ke Asyur lalu menyuruh mereka tinggal di Halah dan berdekatan dengan Habor, iaitu sungai di Gozan, serta di kota-kota orang Madai. Hal itu terjadi kerana orang Israel berdosa terhadap TUHAN, Allah mereka, yang telah menuntun mereka keluar dari Tanah Mesir, daripada genggaman Firaun, raja Mesir. Mereka menyembah tuhan-tuhan lain 2 Raja-Raja 17:5-7 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, Hari kita belajar tema "Membuang orang Israel ke Asyur" Bab 17 kitab 2 Raja-Raja kisah runtuhnya kerajaan Israel pada zaman pemerintahan raja Hosea oleh kerajaan Asyur, kemudian membuang orang Israel ke Asyur di Halah (Iraq), Harbor (Syria) dan Madai (Iran) kalau dilihat dalam peta jarak tempat itu agak jauh merentang seluruh negara Asyur pada zaman itu sehingga ke Persia Iran pada masa sekarang (ay.6). Tidak hairan kalau bangsa Israel ada di Iraq, Syria dan Iran. Tiada tujuan lain selain politik agar mereka tidak mampu memberontak lagi seperti pada zaman raja Hosea. Kemudian raja Asyur mengangkut orang dari Babel, Kuta, Awa, Hamat dan Sefarwaim tinggal di Samaria menggantikan orang Israel (ay.24), besar kemungkin keturunan mereka masih ada sehingga zaman Tuhan Yesus yang dibenci oleh orang Yahudi. Bukanlah sebab kerajaan Asyur sangat kuat tetapi kerana hukuman daripada TUHAN sebab orang Israel tidak setia menyembah TUHAN sebagai satu-satu Tuhan mereka (ay.7-12). Hari ini kita mengaku menyembah TUHAN adakah kita menyembah Dia sebagai satu-satu Tuhan atau sama seperti orang Israel. Semoga kita menyembah TUHAN satu-satunya yang disebut Bapa oleh Tuhan Yesus, supaya kita tidak seperti TUHAN membuang orang Israel ke Asyur. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang takut dibuang. ke Asyur. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 11.4.2026.

Comments

Popular Posts