Seluruh rakyat negeri bersuka ria dan kota itu pun sentosa setelah Atalya dibunuh dengan pedang di istana raja. Yoas berumur tujuh tahun pada waktu dia menaiki takhta. 2 Raja-Raja 11:20-21 Konsapatan salam Easter, hari ini kita belajar tema "Yoas berumur tujuh" Bab 11 kitab 2 Raja-Raja kisah kerajaan Yehuda, selepas kematian raja Ahazia, Atalya ibu Ahazia berusaha membunuh semua anak raja (ay.1) cucunya sendiri demi mandapatkan kuasa sebagai raja, tetapi ada bayi anak raja yang dapat diselamat oleh makciknya iaitu Yoas (ay.2), disembunyikan di bait TUHAN selama enam tahun (ay.3) Pada tahu ke tujuh imam yang menjaga Yoas mengatur pengisteharan dia menjadi raja (ay.4-12) dan membunuh Atalya (ay.16). Bayangkan seorang budak menjadi raja, apa yang dia tahu, pemerintahan dijalankan oleh imam yang menjaga iaitu imam Yoyada (ay.4). Setiap orang ada masa tersendiri menjadi pemimpin, atau apa sahaja yang dia akan lakukan. Kita tidak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain atau sebaliknya. Semoga kita seperti Yoas berumur tujuh tahun pada waktu dia menaiki takhta dapat digunakan sebaik mungkin demi menegagkan kebenaran. Paskah masa yang TUHAN tentukan untuk seseorang percaya kepada-Nya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya masa kami dapat dimanafaat demi kemuliaan-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 5.4.2025 Salam Hari Easter.

Comments

Popular Posts