Sesudah itu dia meniduri isterinya, lalu perempuan itu mengandung dan melahirkan seorang anak yang dinamainya Beria, kerana malapetaka telah menimpa keluarganya.
Anak perempuannya ialah Seera, yang membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu, serta Uzen-Seera.
1 Tawarikh 7:23-24
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu, serta Uzen-Seera"
Bab 7 kitab 1 Tawarikh bersambung salasilah kali ini keturunan Isakhar (ay.1-5), Benyamin (ay.6-12), keturunan Naftali (ay.13) tidak ada maklumat lanjut sangat singkat. Kemudian keturunan Manasye (ay.14-19), keturunan Efraim (ay.20-29) dan keturunan Asyer (ay.30-40).
Maklumat setiap keturunan tidak sama ada yang lebih terperinci ada yang sangat sedikit, mungkin bergantung kepada maklumat yang diterima oleh penulis.
Satu yang menarik perhatian saya seorang anak perempuan yang bernama Seera yang membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu serta Uzen-Seera (ay.24). Kisah ini dalam keturunan Efraim, Seera ialah cucu Efraim selepas kematian dua anak lelakinya kerana dibunuh oleh orang Gat (ay.21) dia berkabung berhari-hari, selepas berkabung Efraim mendapat anak yang bernama Beria, Beria pula mendapat anak perempuan yang bernama Seera, dia inilah yang menjadi pembina itu (ay.24).
Hebat memang hebat, hasil kerjanya dicatat dalam kitab Tawarikh.
Hari ini kadang kita tidak menaruh harapan kepada anak perempuan dalam soal membina legasi keluarga seperti ladang besar, ternak yang banyak, rumah atau bangunan komosal dan sebagainya.
Kita berfikir biarlah dia ditanggung oleh suaminya dan memang hampir semua begitu.
Alkitab sudah memberi contoh kejayaan anak perempuan Beria.
Semoga kita tidak berfikir anak perempuan kita tidak mampu membina Bet-Horon-Hilir dan Hulu serta Uzen-Seera.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan anak-anak perempuan kami supaya mampu hidup tanpa perlu bergantung kepada suami mereka
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Hotel Dynasty Inn Kota Bharu Kelantan Malaysia 26.4.2026
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment