Elisa berkata lagi, “Ambillah anak-anak panah itu,” lalu dia mengambilnya. Katanya kepada raja Israel itu, “Pukulkanlah ke bumi,” lalu dia memukulkannya tiga kali, kemudian berhenti. Tetapi hamba Allah itu marah kepadanya dan berkata, “Seharusnya engkau memukul lima atau enam kali. Dengan demikian engkau akan mengalahkan orang Aram sampai mereka habis. Jadi sekarang, engkau hanya akan mengalahkan orang Aram tiga kali sahaja.” 2 Raja-Raja 13:18-19 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pukulkanlah ke bumi" Bab 13 kitab 2 Raja-Raja muncul lagi watak nabi Elisa pada masa tuanya, Yoas raja Israel cucu Yehu datang menziarahinya ketika Elisa sedang uzur (ay.14). Yoas tidak meminta apa-apa tetapi Elisa menyuruhnya memanah ke arah timur dan menyuruh memungut anak panah itu dan memukulkannya ke bumi tetapi hanya tiga kali, rupanya anak panah itu lambang kemenangan ke atas Aram dan dipukul ke bumi melambang berapa kali kemenangan (ay.15-19). Selepas peristiwa itu Elisa pun meninggal (ay.20). Sebelum kemenangan sebenar terlebih dahulu menang dalam alam bayangan atau lambang terlebih dahulu, seperti yang dilakukan oleh Elisa itu. Semoga kita dapat membuat suatu lambang kemenangan atas masalah kita Pukulkanlah ke bumi anak panah sebanyak yang boleh itulah lambang kemenangan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat memukul sebanyak yang boleh anak panah kami ke bumi. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.4.2026.

Comments

Popular Posts