Mereka kembali memberitahu Yehu. Kata Yehu, “Memang begitulah firman yang disampaikan TUHAN dengan perantaraan hamba-Nya Elia, orang Tisbe itu, bunyinya, ‘Di wilayah Yizreel anjing akan memakan daging Izebel. Mayat Izebel akan seperti baja kandang di permukaan ladang di wilayah Yizreel, sehingga tidak ada orang yang mengenalinya dapat berkata: Ini Izebel.’ ” 2 Raja-Raja 9:36-37 Konsapatan dan salam Jumaat Agung bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mayat Izebel akan seperti baja" Bab 9 kitab 2 Raja-Raja bersambung kisah pelayanan nabi Elisa, kali ini dia menyuruh salah satu rombongan nabi untuk mengurapi Yehu anak Yosafat anak Namsi yang ada di Ramot-Gilead dia panglima perang, Maka pergilah nabi muda itu dan melakukan apa yang di kata nabi Elisa (ay.1-10). Mereka yang bersama Yehu pun meniup sangkakala dan berseru "Yehu menaiki takhta" (ay.13). Yehu melaksanakan semua nubuatan yang diberi tahu oleh nabi muda yang mengurapinya dan juga nubuatan nabi Elia (ay.26,36). Pembalasan terhadap keluarga Ahab dan Izebel telah dilaksanakan oleh Yehu. Kita pun tanpa sedar alat TUHAN untuk mengenapi rancangan-Nya dalam kehidupan jemaah Kristian, mungkin untuk memberkati, menegur atau menghukum, Tujuan supaya kita belajar dan bertaubat daripada kejahatan dan mengaku kasih dan pengampunan TUHAN melalui Tuhan Yesus. Semoga kita bertaubat agar tidak menjadi seperti mayat Izebel akan seperti baja kandang di permukaan ladang di wilayah Yizerel. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya bertaubat sebelum menjadi baja ladang. Sejahtera selalu. Jumaat Agung mengingkatkan kita supaya bertaubat. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 3.4.2026 Salam Jumaat Agung.

Comments

Popular Posts