Apabila penduduk Yabesh-Gilead mendengar segala yang telah dilakukan orang Filistin terhadap Saul, segera bersiaplah semua orang yang gagah perkasa lalu mereka pergi mengambil mayat Saul dan mayat para anaknya. Mereka membawanya ke Yabesh dan menguburkan tulang-tulang mereka itu di bawah pokok oak di Yabesh. Kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari.
1 Tawarikh 10:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berpuasa selama tujuh hari"
Bab 10 kitab 1 Tawarikh kisah raja Saul yang luka parah ketika perang dengan orang Filistin, kemudian membunuh diri (ay.4) anak-anaknya juga terbunuh dalam perang tersebut (ay.2).
Orang Filistin pula meraihkan kemenangan itu dengan membawa mayat Saul memenggal kepalanya lalu memakukan di rumah berhala Dagon (ay.10).
Penduduk Yabesh-Gilead ketika mendengar hal itu para gagah perkasa mereka mengambil mayat Saul dan anak-anaknya lalu dikuburkan tulang-tulang mereka di Yabes di bawah pokok oak, kemudian mereka berpuasa selama tujuh hari (ay.11-12).
Walaupun TUHAN menghukum Saul kerana tidak taat (ay.13), tetapi ada juga penduduk di kota Israel yang menghormatinya.
Hari ini mungkin ada yang menghormati kita ada yang tidak malah mahu melihat kejatuhan kemudian mengatakan itulah hukuman TUHAN seperti Saul.
Syukur kalau ada yang seperti penduduk Yabesh-Gilead untuk kita.
Semoga kita seperti penduduk Yabesh-Gilead menghormati Saul dan berpuasa tujuh hari demi menghormati Saul.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya menghormati para pemimpin kami bukan bersukacita atas kejatuhan mereka.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 29.4.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment