Kota itu pun dikepung sampai tahun kesebelas pemerintahan Raja Zedekia. Akan tetapi, pasukan orang Kasdim mengejar Raja Zedekia dan berhasil menyusulnya di dataran Yerikho, sehingga tercerailah seluruh pasukannya daripada dia. Kemudian mereka menangkap raja dan membawanya untuk menghadap raja Babel di Ribla. Raja Babel pun menjatuhkan hukuman atasnya. 2 Raja-Raja 25:2, 5-6 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Raja Babel pun menjatuhkan hukuman atasnya" Bab 25 kitab 2 Raja-Raja penutup kitab, ditutup dengan runtuhnya kerajaan Yehuda, bait TUHAN dan pemerintahan monarki keturunan raja Daud tamat begitu juga ibadah di bait TUHAN. Pada tahun 586 SM 136 tahun selepas kejatuhan kerajaan Israel 722 SM. Kedua-dua kerajaan ini jatuh kerana dosa para raja yang memerintah bukan sebab bangkitnya kerajaan di sekeliling mereka seperti Asyur dan Babel. Raja Zedekia memerintah di bawah kuasa raja Babel selama 11 tahun sebelum dikalahkan oleh Nebukadnezar (ay.1-7). Zedekia memberontak terhadap raja Babel sebab itu dia dijatuhkan hukuman mata dibutakan dan para anaknya dibunuh kemudian dia dibawa ke Babel (ay.7) jarak lebih kurang 1600 km dari Yerusalem atau lebih kurang jarak Kota Kinabalu ke Kula Lumpur. Begitulah hukuman TUHAN terhadap keturunan raja Daud selepas bertakhta di Yerusalem lebih kurang 400 tahun. Kunci kejatuhan ialah dosa penyembahan kepada tuhan-tuhan lain. Gereja juga akan runtuh kalau tiada lagi yang menyembah Tuhan Yesus. Semoga kita tidak seperti raja Zedekia, raja Babel pun menjatuhkan hukuman atasnya sebab dosa memberontak. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya hanya menyembah Engkau supaya kami tidak dihukum seperti raja Zedekia. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 19.4.2026.

Comments

Popular Posts