Tetapi dia berkata kepada mereka, “Janganlah memanggilku Naomi; panggil aku Mara, kerana Yang Maha Kuasa telah membuat hidupku terlalu pahit. Aku keluar dari sini dengan tangan yang penuh tetapi TUHAN membawa aku pulang dengan tangan yang kosong. Mengapa panggilku ‘Naomi’ walhal kesaksian TUHAN menentangku malah Yang Maha Kuasa juga menimpakan bencana kepadaku?”
Rut 1:20-21
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Tangan yang kosong"
Bab 1 kitab Rut kisah keluarga Elimelekh dan Naomi bersama dua orang anak lelaki mereka Mahlon dan Kilyon berhijrah ke tanah Moab kerana tanah Israel ditimpa kebuluran (ay.1-2).
Setiba di tanah Moab meninggallah Elimelekh (ay.3). Kedua anak Naomi berkahwin pula dengan gadis Moab yang bernama Orpa dan Rut, kira-kira sepuluh tahun mereka tinggal di sana (ay.4), selepas itu Mahlon dan Kilyon pula meninggal dunia (ay.5).
Begitulah sedih kisah hidup peziarah orang Israel ini di bumi Moab.
Pulanglah Naomi ke kampung halamannya di Betlehem Yehuda (ay.6).
Rut menantunya ikut bersama walaupun disuruh pulang pada keluarga oleh Naomi.
Setiba di Betlehem Naomi sangat sedih dia mengatakan dia keluar dengan tangan penuh tetapi pulang dengan tangan kosong (ay.21).
Mencari kehidupan di luar bukan semua pulang dengan tangan penuh ramai yang pulang dengan tangan kosong malah ada yang meninggal di tempat orang.
Semoga tahun baharu kita masuk dengan tangan kosong tetapi mengakhiri dengan tangan yang penuh.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya pada 31.12.2026 tangan kami penuh berbanding 1.1.2026.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 4.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment