Nob, kota para imam itu, diserangnya pula dengan mata pedang. Lelaki dan perempuan, anak-anak dan bayi-bayi yang menyusu, juga kawanan lembu, keldai, serta domba, dibunuhnya dengan mata pedang. Seorang anak Ahimelekh anak Ahitub, namanya Abyatar, berjaya menyelamatkan diri lantas melarikan diri lalu bergabung dengan Daud. Abyatar memberitahu Daud bahawa Saul telah membunuh para imam TUHAN. 1 Samuel 22:19-21 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Nob, Kota para imam" Bab 22 kitab 1 Samuel bersambung kisah pelarian Daud daripada buruan Saul dan kemuncak kejahatan Saul yang sudah hilang kewarasan. Secara peribadi sebelum bab ini saya masih berminat dengan Saul tetapi sampai saja bab 22 kita nampak kejahatanya. Para imam dari kota Nob dibunuhnya, para pengawai raja tidak sanggup tetapi si Edom yang melihat Daud di Nob yang sanggup membunuh para imam yang sedang memakai baju efod seramai 85 orang (ay.17-18). Bukan itu saja kota Nob tempat tinggal para imam juga diserang oleh Saul membunuh semua penduduknya termasuk ternak (ay.19). Tinggal lagi Abyatar anak seorang imam berjaya melarikan diri kemudian bergabung dengan Daud (ay.20). Begitulah kisah meletihkan sejarah kerajaan bangsa Isreal. Hari ini sepatutnya kita menjaga Nob, kota para imam, bukan menghapuskan kota itu, iaitu gereja yang kita ada sekarang, jangan heret gereja dalam perang politik. Semoga Nob, kota para imam kita jaga sebaik mungkin. Doa: Tuhan Yesus ampuni kami kalau kota Nob kami sakiti. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 29.1.2026.

Comments

Popular Posts