Lalu kata Naomi, “Tunggu sahaja, anakku, sampai kamu tahu bagaimana sudahnya hal ini. Boas tidak akan diam sehingga dia sudah menyelesaikan perkara ini pada hari ini juga.”
Rut 3:18
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pada hari ini juga"
Bab 3 kitab Rut bersambung lagi kisah Rut, Boas dan Naomi ibu mertua Rut yang bijaksana.
Kali ini Naomi menyuruh Rut bersiap pada malam itu untuk tidur di bawah kaki Boas yang sedang tidur di tempat pembantingan barli (ay.1-4).
Ketika tengah malam terjagalah Boas ada perempuan tidur dekat kakinya, dia tahu maksud Naomi kenapa menyuruh Rut berbuat demikian (ay.11).
Keesokan Boas ke kota untuk menyelesaikan permintaan Naomi itu.
Boas tidak menunda, bertindak cepat sebelum berlaku fitnah pada dia, Rut dan Naomi, apa lagi Rut orang Moab, sudah tentu orang Israel mudah berfikiran jahat terhadap orang asing.
Ada perkara kalau boleh diselesai pada hari ini juga kita selesaikan atau paling tidak memulakan langkah pertama menuju penyelesaian.
Tahun baharu sangatlah sesuai memulakan sesuatu atau menyelesaikan.
Semoga kita seperti Boas menyelesaikan perkara Rut dan Naomi pada hari ini juga.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat menyelesaikan perkara kami pada hari ini juga.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 6.1.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment