Jawab Eli, “Pulanglah dengan sejahtera. Semoga Allah Israel mengabulkan permintaan yang kausampaikan kepada-Nya itu.”
Kata Hana, “Semoga hambamu ini mendapat belas kasihan tuan.” Kemudian pulanglah perempuan itu lalu dia makan dan mukanya tidak muram lagi.
1 Samuel 1:17-18
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mukanya tidak muram lagi"
Bab 1 Kitab 1 Samuel pengenalan keluarga Samuel, dari Bani Efraim kita boleh andaikan keluarga Samuel orang yang berada boleh dilihat korban yang dibawa ke Rumah TUHAN di Silo seekor lembu, tepung lebih kurang 22 kilo dan air anggur (ay.24). Setiap tahun mampu beribadah di Silo satu keluarga dengan korban masing-masing (ay.3). Mereka juga umat Israel yang setia kepada TUHAN berbanding orang pada zaman itu ada yang menyembah patung tuangan dan ukiran seperti kisah orang Lewi di rumah Mikha itu (Hak.17).
Hana ibu Samuel setiap kali beribadah di Silo dia sedih kerana tidak ada anak ditambah lagi dihina oleh madunya (ay.6).
Hana berdoa kepada TUHAN ketika itu dilihat oleh imam Eli (ay.12), disangka Hana mabuk sebab tidak keluar suara hanya bibir yang berkumit (ay.13).
Setelah mengetahui Hana bukan mabuk tetapi sedang berdoa memohon anak, imam Eli memberkati dia dengan kata-kata "Pulanglah dengan sejahtera. Semoga TUHAN Israel mengabulkan permintaan yang kau sampai kepada-Nya itu (ay.17).
Gembiralah Hana mendengar ucapan imam itu, dia pun makan dan mukanya tidak muram lagi (ay.18).
Ucapan para pelayan TUHAN kepada jemaah boleh memberi semangat begitu juga sebaliknya, sebab itu kita perlu berhati-hati dengan kata-kata.
Semoga kita seperti Hana mukanya tidak muram lagi selepas diberkati oleh imam Eli.
Doa: Tuhan Yesus berkatilah kami dengarlah doa kami supaya muka kami tidak muram lagi.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 8.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment